![[VIDEO] Neelofa Pernah Cuba Ponteng Terawih Beberapa Kali, Lebih Suka Ibadah Tengah Malam – ‘Haris Akan Ceramah Saya’](https://media.ohbulan.com/2025/03/neelofa-8.jpg)

Usahawan terkenal, Neelofa lebih fokus untuk mengamalkan solat-solat pada waktu malam sepanjang bulan Ramadan.
Artikel Berkaitan: Nama Neelofa Dipetik Netizen, Didakwa Promosi Produk Guna Gambar Unsur ‘Soft Porn’
Artikel Berkaitan: Neelofa Syukur Dikurniakan Haris Sebagai Suami – ‘Saya Hargai Komitmen, Dedikasi Awak Dalam Perkahwinan Kita
Ponteng terawih
@naelofarofficial We’re back with part 2 of Telekung Chat featuring @neelofa & Ustaz Haris–because one part just isn’t enough ? Join them as they talk about their shared goals and motivation as they navigate through Ramadan as a couple, and spill their secret trick to enjoying a peaceful tarawih together at the mosque. Should we come back with a part 3? ?? #telekungchat #fyp #ramadan #muslim ? original sound – Naelofar
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, usahawan berusia 36 itu mendedahkan dirinya pernah cuba untuk ponteng solat terawih.
Menurutnya, suami iaitu Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz akan tetap berusaha mengajaknya ke masjid untuk terawih bersama-sama.
Satu perkara yang pasti, memang ada hari yang saya cuba nak ponteng terawih tapi Haris akan ceramah dekat saya setiap masa.
Kalau saya tak larat pergi terawih, Haris akan ajak juga.
Haris akan sentiasa ingatkan saya dan akan pastikan saya pergi terawih.
Berkongsi lebih lanjut, Neelofa akui lebih memilih untuk beribadah pada waktu malam.
Saya lebih suka bangun malam.
Tapi terawih ini tiada di bulan lain, di mana kita kena cuba untuk buat dua-dua.
Nasihat Haris

Selain itu, PU Riz turut menekankan bahawa bulan Ramadan adalah bulan yang singkat.
Menurutnya, umat Islam sepatutnya menggunakan peluang ini untuk melakukan ibadah terawih.
Kita kena fikir, masa ini singkat.
Kalau ada pemikiran sebegitu, orang yang kita ada masalah pun boleh jadi baik.
Ramadan ini kalau perasan, ianya singkat.
Jadi, apabila datang bulan Ramadan, pastikan ini adalah singkat.
Tidak seperti bulan-bulan lain yang kita boleh keluar malam untuk solat ramai-ramai.
Dalam pada itu, PU Riz juga menyatakan bahawa Ramadan adalah bulan yang terbaik untuk individu yang cuba untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh.
Sumber: TikTok @Naelofar





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

