berita

[VIDEO] Neelofa Teman PU Riz Main Futsal, Penampilan Tudung Sarung Jadi Bualan Peminat – ‘Comel Macam Budak Sekolah Menengah’

September 22nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama selebriti Noor Neelofa tidak pernah lekang di bibir peminat. Ada sahaja yang dibualkan sehinggakan tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: Neelofa ‘Belanja’ Lagi Wajah Sipi Bilal, Netizen Kecewa – ‘Bayangkan Dah Sampai Ajal Tak Dapat Tengok?’

Teman suami main futsal

@seorangnur Hahahaha. Mahal pak ustad bayar untuk kehadiran penyokong ni ? Comeyy je Lofa ? #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca ? Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Terbaharu, buat julung kali, Neelofa turun padang menemani suami tercinta, Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail bermain futsal, pada malam Rabu.

Jarang sekali melihat usahawan berumur 33 tahun ini tampil dengan imej ‘simple’ iaitu memakai t-shirt berlengan panjang berwarna merah, seluar sukan dan tudung sarung hitam.

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor sempat bergurau dengan berkata dia ‘dibayar’ untuk hadir memberi sokongan di gelanggang.

Saya dibayar tau. Jangan malukan kami.

Tetap lawa

Semestinya, penampilan santai itu menjadi bualan ramai terutama pengikut setia yang selama ini hanya melihat fesyen seperti bidadari.

Rata-ratanya memuji dan menggelar Neelofa sebagai cikgu Pendidikan Jasmani atau PJ. Ada juga yang menyatakan ini adalah kali pertama mereka melihat juara Dewi Remaja 2009/10 berpakaian seperti itu.

Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

Sumber: TikTok @seorangnur

SKIP THIS AD ×