berita

[Video] Neeta Manis & Ahyat Kongsi “Tips” Cari Lokasi “Hot Spot” Rumah Terbaik Di Putrajaya

November 20th, 2020 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia menawarkan 3 pasaran rumah yang berbeza iaitu pembelian rumah secara terus dengan pemaju, rumah subsale dan rumah lelong.

Ketiga-tiga pasaran ini menyediakan kaedah pembelian rumah yang hampir sama tetapi dengan kos dan faedah tambahan yang berbeza.

Maka, buatlah pilihan dengan bijak kerana pembelian rumah merupakan sebuah komitmen dan memerlukan pelaburan wang dalam jumlah yang besar. Ianya juga mengambil jangka masa yang panjang, sehingga 30 tahun bagi satu-satu komitmen.

Namun begitu, jika  lokasi rumah yang dipilih tepat dan memiliki prasarana-prasarana yang membangun, maka makin cepat nilai hartanah dikawasan tersebut mencanak naik.

Tak percaya? Jom kita tonton perkongsian Neeta Manis & Ahyat mengenai bagaimana lokasi memainkan peranan dalam peningkatan nilai dan permintaan hartanah di sesebuah kawasan serta apa pula kaitannya dengan pemaju?

Cari pemaju yang boleh dipercayai!

Bagi yang decide nak beli rumah dalam proses pembinaan pastikan pemaju yang dipilih adalah pemaju yang boleh dipercayai. Periksa background syarikat tersebut terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang urusan.

Jangan terburu-buru dan ambil masa untuk menilai setiap aspek terutamanya kemampuan pemaju untuk menyiapkan projek perumahan tersebut.

Pilih lokasi yang lengkap dengan kemudahan dan prasarana awam!

Selain pilih pemaju yang boleh dipercayai, pastikan korang buat kajian tentang lokasi rumah yang menjadi pilihan hati.

Buat semakan dengan pemaju, lawat kawasan sekitar dan dapatkan maklumat mengenai projek lain yang akan dibina berhampiran dengan lokasi tersebut dalam tempoh 3 hingga 6 tahun kedepannya.

Ini termasuklah lebuh raya, pembinaan hospital, bank, sekolah, pusat rekreasi, pusat beli-belah, kemudahan pengangkutan awam dan sebagainya.

Aura Residence, Presint 8 Rumah Pilihan Bersama Neeta & Ahyat

Melalui video berdurasi 5 minit ini Neeta Manis & Ahyat telah memperkenalkan kawasan perumahan,  Aura Residence, Presint 8, Putrajaya. Melihat kepada lokasi dan kedudukannya yang strategik, maka tidak hairanlah jika kawasan ini dipilih sebagai salah satu kawasan perumahan terbaik yang Putrajaya tawarkan.

Tambahan pula, kawasan perumahan ni bukan sahaja dibangunkan berdasarkan pelan induk 20 tahun Putrajaya, tetapi projek ini juga diterajui oleh syarikat pemaju terkenal Malaysia iaitu Putrajaya Holdings Sdn Bhd.

Terdiri daripada beberapa menara iaitu menara A, B, C, D dan E, kesemua menara ini memiliki jenis kediaman dan keluasan yang berbeza.

Namun begitu, rumah yang menjadi pilihan Neeta Manis ialah kediaman jenis C.  Salah satu tarikan, adalah dual keys. Kediaman ini terletak di menara A dan B serta berkeluasan 1,231 kaki persegi. Memiliki 3 bilik tidur dan 3 bilik air, tarikan kediaman ini ialah pemandangannya yang menghadap tasik Putraya.

Lokasi Aura Residence juga berdekatan dengan lebuhraya, hospital awam, perpustakaan, bank, kawasan rekreasi dan banyak lagi. Justeru itu, tidak hairanlah kawasan perumahan ini dipilih sebagai lokasi “hot spot” terbaik yang ada di Putrajaya.

Berikut adalah pakej tawaran Aura Residence:

  • 10% diskaun harga rumah
  • Rebat tambahan sehingga 5%
    • 1% Rebat untuk “Pembeli Dapat Pembeli”
    • 1% Rebat untuk pembelian ulangan
    • 1% Rebat untuk Covid-19 Frontliner
    • 2% Rebat (Tandatangani PJB dalam masa 21 hari)
  • Yuran guaman perjanjian jual beli & duti setem pindah milik (MOT) ditanggung oleh Putrajaya Holdings.
  • Percuma kabinet dapur [termasuk kitchen hood & hob]
  • Percuma ketuhar gelombang mikro
  • Percuma pemanas air di bilik mandi
  • Percuma 2 tempat letak kereta bagi pembelian setiap kediaman

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pjhsalesvirtual.com atau hubungi pegawai jualan kami melalui Whatsapp di talian 0192531690 atau 0192641690.

** Tertakluk pada terma & syarat.

Begitu banyak diskaun dan faedah yang Putrajaya Holdings Sdn Bhd tawarkan untuk pakej pembelian Aura Residence.

Bagi pengetahuan semua, Putrajaya Holdings Sdn Bhd merupakan syarikat pegangan hartanah dan pemaju utama di Putrajaya.

Berpengalaman hampir 25 tahun dalam membangunkan Putrajaya, mereka menawarkan pelbagai pakej perumahan yang berbeza, mesra rakyat dan mampu milik.

Berminat untuk membuat tempah dan melihat sendiri Aura Residence, Presint 8, Putrajaya? Isi sahaja maklumat dibawah.

SKIP THIS AD ×