Menabung demi kesenangan masa hadapan merupakan aktiviti yang sangat bagus buat semua individu bagi memastikan kehidupan mereka terjamin kelak. Kalau korang perasan, kebanyakan golongan yang agak berumur akan menyimpan duit mereka di dalam bekas tin biskut, tin milo, dan lain-lain sebagai cara untuk menabung. Hal ini mungkin disebabkan oleh keupayaan mereka untuk bergerak ke bank.
Di Facebook Penang News Group, seorang nenek menyimpan wangnya di dalam bekas tin milo. Namun, wanita tersebut terkejut apabila wang simpanannya itu telah dimakan serangga anai-anai.
Risiko untuk rosak
Semua wang yang saya ambil di sini mempunyai masalah. Terdapat RM10,000 dalam satu timbunan, dan ada 23 timbunan. Jadi total timbunan adalah RM230,000.
Menerusi beberapa rakaman video, warga emas itu menyimpan wang sebanyak RM300 ribu di dalam bekas tin milo. Namun, sebahagian daripada wang yang disimpan itu dimakan serangga anai-anai. Video tersebut turut menunjukkan beberapa kepingan ringgit bernilai RM100 itu hancur selepas diserang serengga tersebut.
Antara video lain
Menurut sumber itu lagi, risiko untuk wang menjadi rosak dan diserang serangga sangat tinggi jika ianya disimpan di dalam tin. Susulan daripada kejadian yang berlaku, orang ramai diberi saranan untuk tidak menabung di dalam tempat sebegitu.
Bawa pergi bank negara
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama apabila wang mereka diserang serangga. Tambah mereka, pelbagai faktor lain boleh timbul selain serangan serangga sekiranya menyimpang wang di rumah. Netizen juga memberitahu bahawa warga emas tersebut boleh menukar wang yang hancur itu di Bank Negara.
Sumber: Penang News Group & World of Buzz