Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan menjelaskan suaminya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya dia mahu berlakon sebagai seorang bujang di media sosial.

Artikel Berkaitan: Elizabeth Tan Seloroh Cari ‘Boyfriend Online’, Lelaki Melayu Pandai Main Mobile Legends – ‘Tak Kisah Saya Ini Isteri Orang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elizabeth Tan Terpaksa ‘PJJ’, Suami Bertugas Di Perak Sejak Januari – ‘Ada Ruang Untuk Kami Saling Merindui’

Tak kisah

Menerusi perkongsian di Threads, Elizabeth, 32, berkata sekiranya ada yang tidak menyukai kandungan yang dihasilkannya berkaitan permainan Mobile Legends (ML), mereka boleh sahaja menyekatnya di semua platform media sosial.

Kata penyanyi lagu Knock Knock itu, dia tidak akan bertindak sedemikian sekiranya suaminya berasa tidak selesa dengan tindakannya.

Langsung tak (kisah). Awak tak baca ke komen-komen dia dekat hantaran saya? Kalau dia kisah saya tidak akan buat content macam tu.

Saya tidak kacau awak, awak pun tak kacau saya.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Elizabeth secara terbuka meminta seorang individu bernama Lithara menjadi teman lelaki dalam talian bagi permainan ML.

Perkongsian itu membuatkan warganet kurang senang dengan menyifatkan tindakan Elizabeth itu sebagai tidak wajar terhadap suaminya.

Sumber: Threads (1), (2), TikTok