berita

[VIDEO] Netizen ‘Melting’ Lihat Ramai Oppa Pilot Kacak Di LIMA 2023 – ‘Jatuh Iman Berterabur…’

May 25th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) merupakan pameran maritim dan aeroangkasa yang terkemuka serta terbesar di rantau Asia Pasifik.

Artikel Berkaitan: [KUIZ] Korang Peminat Tegar K-Pop? Jom Jawab Kuiz Ni Dan Tengok Pengetahuan Korang Level Apa Je…

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Menari Di Tiktok, Netizen Samakan Dafi Macam Lee Kwang Soo

Oppa korea di LIMA

Kini pameran tersebut sedang berlangsung bermula dari 23 Mei lalu hingga 27 Mei dan sememangnya menjadi tarikan pelancong dari luar mahupun dalam negara untuk hadir ke sana.

Selain melihat demonstrasi daripada Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM), persembahan menerusi pesawat-pesawat tempur dari negara luar turut menjadi tarikan utama pada edisi kali ini.

Malah, antara yang mencuri tumpuan adalah barisan juruterbang dari Pasukan Penerbangan Akrobatik Black Angle Korea yang terlihat seperti ‘oppa-oppa’ dalam kebanyakkan K-drama.

Menerusi beberapa video yang tular di laman TikTok, ramai wargamaya seakan ‘melting’ melihat ketampanan barisan juruterbang dari Korea itu.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa aksi pilot berkenaan sedang berlari dan berjalan dengan segak bersama suit pakaian yang digayakan.

Malah, dapat dilihat mereka sempat menyapa dan mengambil foto bersama pengunjung yang hadir.

Netizen melting

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet seakan tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka melihat barisan pilot yang kacak itu.

Dalam pada itu, ada juga yang meninggalkan komen dengan berseloroh mengatakan imannya akan gugur sekiranya datang menyaksikan pameran tersebut.

Video

@wan_hazlami Kenapa anda perlu datang LIMA? Ini jawapannya??#limalangkawi2023 #oppasaranghaeyoo #blackeagle #acrobaticflight #fypage #korea ?? #fyp??viral #aviationlife #foryoupage ? bunyi asal – T Rex Wan

@wan_hazlami Oppa ?? LIMA LANGKAWI 2023 #limalangkawi2023 #acrobaticflight #fypage #aviationlife #foryoupage #oppasaranghaeyoo #blackeagle #korea #armyaviation #foryoupage???? #fypp ? bunyi asal – T Rex Wan

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×