Anak kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra mencuri perhatian netizen di media sosial kerana menyanyikan lagu arwah ibunya iaitu ‘Kesetiaan’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Tersentuh, Talita Hanya Mahu Luang Masa Bersama Ketika ‘Birthday’ – ‘Kalau Barang Mahal Dia Selalu Cakap Tak Payah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Sebak Talita Sudah Akil Baligh – ‘Anak Daddy Sudah Masuk Alam Dewasa, Semoga Jadi Wanita Solehah’
Kena pandai kawal pernafasan
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram, kelihatan Talita begitu fokus mendalami setiap bait-bait lirik lagu arwah ibunya iaitu Siti Sarah. Menurut Talita, dia perlu pandai mengawal pernafasan sekiranya mahu menjadi seorang penyanyi suatu hari nanti.
Atok pesan nak jadi penyanyi kene pandai kawal nafas.
Menjengah di ruangan komen, Shuib memberi pujian buat anak perempuannya itu kerana pandai memegang mikrofon dengan cara yang betul.
Pandai anak daddy pegang mikrofon,dulu Ibu marah betul bila daddy menyanyi salah cara pegang mikrofron.
Di samping itu, Watie turut meninggalkan emoji berbentuk love di ruangan komen.
Rata-rata netizen turut tersentuh melihat video tersebut. Menurut netizen, mata Talita kelihatan ‘berkaca’ saat menyanyikan lagu Kesetiaan itu.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram