berita

[VIDEO] Netizen Puas Hati ‘Abang Long’ Berlagak Gengster Halau Peniaga Akhirnya Kena Angkut

July 28th, 2022 | by Amirul Asraf
Video Popular

Di Facebook, viral sebuah rakaman yang menunjukkan seorang lelaki yang digelar ‘abang long kawasan’ menghalau peniaga yang berniaga di tepi jalan. Difahamkan, lelaki tersebut tidak berpuas hati apabila peniaga berkenaan menjalankan aktiviti perniagaan di kawasannya.

Artikel berkaitan: Acu Pisau Kepada Pemandu Lori, Samseng Jalanan Ditangkap

Artikel berkaitan: Pijak Suspek Ketika Tidur ‘Punca’ Lelaki OKU Parah Kena Pukul Penghuni Pusat Jagaan Mental

Kacau orang cari rezeki

Kau nak datang lagi, aku tanya ni?

Menerusi rakaman video berdurasi 2:51 saat, ‘abang long’ itu dilihat menaiki sebuah kereta berwarna hitam ketika menghalau seorang peniaga wanita. Selain menghalau, lelaki tersebut turut mengugut bahawa anak buahnya akan sampai di lokasi yang sama sekiranya peniaga berkenaan masih degil untuk berniaga di tempat itu . Walau bagaimanapun, hari ini viral pula satu video lain memaparkan pelaku berkenaan sudah pun diangkut ke balai polis.

Abang kawasan kena kutip

Menerusi ruangan komen, warganet meluahkan rasa geram tatkala menonton rakaman ugutan tersebut. Pada masa yang sama, warganet turut memuji peniaga tersebut yang kekal tenang biarpun berhadapan dengan ‘abang long’. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Parit Raja, Johor.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah memberitahu, wanita berusia 40 tahun itu membuat laporan polis pada jam 11.45 malam Isnin lalu. Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku di pekarangan sebuah restoran.

Pengadu menjaja buah potong di kawasan Tongkang Pechah sejak sepuluh tahun yang lalu bersama anaknya yang berumur 12, 15 dan 17 tahun. Namun baru-baru ini pengadu meluaskan lokasi perniagaannya hingga ke kawasan Parit Raja. Lelaki terbabit menahan pengadu dan bertindak memarahinya dengan cara yang kasar agar tidak menganggu kawasan perniagaannya.

Sumber: Kaki Video Ori

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×