Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo meraih pujian apabila memilih untuk tidak mengucapkan ucapan sambutan hari Natal.

Artikel Berkaitan: Dolla Pilih Tidak Rakam Semula Muzik Video ‘Question’, Peminat Luar Negara Masih Boleh Tonton 

Artikel Berkaitan: Sabronzo Kongsi Sebab Pilih Bali Sambut Hari Bahagia Bersama Ryan Fieret– ‘Kami Mahu Beri Pengalaman Terbaik Buat Tetamu’ 

Ucapan hari Natal

@dollaofficial

Merry Christmas, everyone 🎄 Wishing you warmth and joy, keep on sleighing into the new year ✨🤍

♬ original sound – Dolla Official – Dolla Official

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, kumpulan Dolla dilihat membuat video ringkas bagi ucapan sambutan hari Natal buat penganut agama Kristian.

Video berdurasi selama 10 saat itu meraih perhatian netizen apabila tindakan Sabronzo yang tidak turut serta dalam memberi ucapan hari Natal membuatkan rata-rata peminat beragama Islam bangga dengannya.

Pujian dari netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Sabronzo yang mengutamakan agama. Selain itu, warganet turut kagum dengan tindakan Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli yang berusaha mengelak daripada terkait dengan kontroversi.

Sumber: TikTok @DollaOfficial