berita

[VIDEO] Netizen Puji Shaniena Natasha, Wajib Balik Perlis Sambut Hari Lahir Dengan Anak Yatim

September 13th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Pempengaruh media sosial, Shaniena Natasya memuat naik satu video dia menyambut ulang tahun kelahirannya bersama anak-anak yatim.

Artikel Berkaitan: Shaniena Natasha Dipuji Netizen, Bayar Zakat Pendapatan Lebih RM11K Meskipun Bukan Beragama Islam

Artikel Berkaitan:[VIDEO] ‘Influencer’ Dakwa Ditipu 180K Dengan ‘Wedding Planner’, Hotel Tahan Makanan Tetamu & Tak Boleh Masuk Bilik

Tahun kelima sambut bersama

Menerusi hantaran yang dimuat naiknya di TikTok, Shaniena Natasya atau lebih dikenali sebagai Niena, 20, berkata ini merupakan tahun kelima dia konsisten berkongsi rezeki bersama.

Setiap tahun, Niena mesti akan balik Perlis sambut birthday dengan anak yatim. Dah 4 tahun Niena sambut birthday dengan mereka, so pergi mana-mana Niena wajib balik sambut dengan mereka.

Selain itu, Niena membeli barang keperluan rumah yang diperlukan oleh mereka seperti minyak, beras, biskut dan barang keperluan dapur.

Niena juga turut membeli makanan untuk dijamu kepada anak-anak yatim itu.

Dalam pada itu, Niena bersyukur kerana masih berpeluang untuk menyambut hari lahirnya bersama penghuni Rumah Teduh di Perlis.

Netizen puji Niena

Menerusi ruangan komen, netizen mengucapkan terima kasih kepada Niena kerana membahagiakan anak-anak yatim tersebut.

Ada juga yang mengucapkan ‘happy birthday’ dan mendoakan semoga Niena sentiasa dimurahkan rezeki.

 

Video

@shanienanatasyaaaa

?

? original sound – SHANIENA NATASYAAAA – SHANIENA NATASYAAAA

 

SKIP THIS AD ×