Viral rakaman video fenomena kepala air di Lata Berangin sehingga menyebabkan penempatan penduduk di kampung berdekatan dinaiki air, hari ini.
Air sangat deras
@mohdadha17 #ditaja air sungai lato berangin mengganas..hk mno duk tepi ii sungai tu pakat beringat lah#ad #ditaja #fyp ? bunyi asal – HaaLatoBerangin
Rakaman video fenomena kepala air yang melanda penempatan penduduk itu viral di laman sosial Facebook, aplikasi WhatsApp dan TikTok sejak pukul 10.32 pagi tadi. Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-rafee Parsimin berkata, kepala air berkenaan terjadi berikutan hujan lebat dan air dari sungai di daerah Gua Musang serta Terengganu yang turun ke lokasi itu.
Tambahnya, pertembungan itu menyebabkan keadaan air di lokasi itu sangat deras dan dikategorikan sebagai kejadian kepala air yang kecil berikutan tidak membawa kayu atau kayu balak bersama-samanya.
Kejadian berkenaan menyebabkan beberapa kampung di lokasi itu iaitu perkampungan Lata Berangin dan Mengkebang dinaiki air. Setakat ini, penduduk di lokasi itu tidak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana kawasan mereka hanya berlaku banjir kecil sahaja. Namun, jika hujan berterusan kemungkinan kampung yang rendah akan dinaiki air. Kami sentiasa membuat pemantauan dan akan memindahkan mangsa dengan segera jika kediaman mereka dinaiki air.
Berikutan daripada itu, Rizwan menasihatkan penduduk supaya bersiap sedia untuk berpindah dengan meletakkan dokumen penting dan barang berharga di tempat yang selamat.
Hati-hati semua
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi nasihat dan peringatan kepada orang ramai di kawasan tersebut untuk bersiap sedia menghadapi banjir dan berdoa agar urusan dipermudah.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi akaun rasmi di Twitter juga turut mengeluarkan amaran hujan berterusan yang kini sedang berlaku di negeri-negari Pantai Timur dan Sabah.
Sumber: Harian Metro