berita

[VIDEO] Netizen Sebak Tengok Ikmal Amry Dukung Anak Selepas Keluar Dari Kereta Terbalik

September 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Ikmal Amry menyifatkan kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah selatan, pada Sabtu lalu adalah pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan.

Artikel Berkaitan: Hanya Sempat Tidur Tiga Jam, Ikmal Amry Mohon Maaf Dengan Mangsa Kemalangan – ‘Salah Tetap Salah’

Allah bagi peluang kedua

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ikmal, 28, mengakui tidak dapat menerima kesilapan dirinya memandu biarpun badan kurang rehat selepas menjalani penggambaran sehingga pukul 7 pagi.

Namun, dia bersyukur kerana Allah SWT menyelamatkan dirinya, isteri, Najla Shamsul dan anak perempuannya yang baru berusia sembilan bulan, Cailie serta dua buah kenderaan yang terlibat.

Tidak akan aku lupakan setiap detik yang terjadi. Tidak akan aku terima atas tindakan yang aku lakukan mengakibat jiwa lain dalam bahaya.

Syukur sekali lagi Allah bagi peluang untuk terus bernafas. Untuk aku berfikir dan sedar atas kekhilafan ini. Tak dapat aku bayangkan ketika detik tersebut berlaku, di saat isteri dan anakku ada bersamaku.

Aku cuma fikirkan mereka dan yang terlibat selamat sahaja.Terima kasih buat insan-insan yang berhati mulia yang menolong aku di saat aku memerlukan tak kira bangsa. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.

Jadikan pengajaran

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Zulikmal Amry Ghazali sekali lagi memohon maaf atas kekhilafan yang dilakukan dan berharap agar insiden ngeri tersebut ‘membuka mata’ ramai orang untuk lebih berhati-hati.

Peserta Hero Remaja 2017 turut memuat naik video yang memaparkan dia sedang mendukung Cailie manakala Najla merangkak keluar daripada kereta yang sudah terbalik.

Sumber: Instagram @ikmalamry

SKIP THIS AD ×