Meskipun terpalit dengan dakwaan mempersendakan upacara agama lain, namun terdapat segelintir warganet yang tetap menyokong pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad.

Artikel Berkaitan: Isteri Beri Kata-Kata Semangat Untuk Nabil – ‘Anggap Ini Sebagai Peringatan Allah, Yang Mahu Kita Sentiasa MengingatiNya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahrol Bersuara Isu Nabil, Azad Jazmin & Radin Persenda Agama Hindu – ‘Kalau Boleh Janganlah Gantung Tugas Mereka’

Hikmah untuk Nabil

@keriamymama

terima kasih Nabil sudi singgah gerai mama beli laksa! semoga dimurahkan rezeki selalu. 🥰🥰🥰 #kualasungaibaru

♬ Ramadan by Maher Zain – 𝙄𝙝𝙨𝙖𝙣_𝙣𝙚𝙬

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Mama Keria, kelihatan Nabil bersama rakan-rakannya sedang singgah di sebuah gerai makanan di bazar Ramadan.

Terima kasih Nabil sudi singgah ke gerai saya beli laksa.

Semoga dimurahkan rezeki selalu.

Lebih banyak masa ibadah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan isu yang berlaku sebelum ini sebagai satu hikmah kepada pelawak berusia 41 tahun tersebut kerana dia dapat mempertingkatkan ibadah sepanjang bulan Ramadan ini.

Nampak tak hikmahnya apabila Nabil digantung kerja, dia boleh fokus beribadah di bulan Ramadan.

Sebab sibuk jadi DJ dia tak ada masa ikut tabligh macam dulu, hebat aturan Allah. Asbab dia digantung tugas, Allah beri masa seperti dulu balik.

Ada hikmah Nabil direhatkan, bulan puasa ini dia dapat sertai jemaah dan mendekatkan diri dengan Allah.

Allah permudah dan lapangkan masa kamu untuk kejalanNya.

Di bulan baik Allah bagi rehat untuk Nabil, boleh keluar berjemaah, tak sibuk dengan kerja.

Sebelum ini, tular video memaparkan Azad Jazmin dipercayai meniru tarian kavadi sambil Nabil menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa.

Klip video itu mengundang kritikan meluas kerana didakwa telah menghina tradisi kaum Hindu.

Sedar akan kesilapan yang dilakukan, Azad, Nabil dan juga Radin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Terdahulu, Maestra Broadcast Sdn Bhd telah dikenakan kompaun sebanyak RM250,000, bagi kesalahan mengikut 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM.

Bagaimanapun, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memutuskan untuk tidak menggantung lesen stesen radio terbabit.

Sumber: TikTok