Pengguna laman TikTok pastinya sering mendengar lagu berjudul Malampagi yang digunakan oleh kebanyakan wargamaya ketika ini sebagai lagu tema bagi trend ‘healing’.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Macam Adik-Beradik’- Nuha & Naufal Nafi Bercinta
Malampagi versi Arab
Lagu nyanyian asal penyanyi baharu bernama Saixse itu menjadi tular dan mula mendapat perhatian wargamaya sejak beberapa bulan lalu disebabkan lirik yang santai serta melodinya yang dekat di hati pendengar.
Terbaharu, penyanyi meningkat naik Nuafal Azrin telah menyanyikan semula lagu tersebut namun melodinya telah diubah kepada irama Arab.
Seperti diketahui umum, Naufal mula mencipta namanya menerusi lagu Casablanca duet bersama Nuha Bahrin yang mana lagu berkenaan berentak irama Arab.
Susulan pengubahsuaian itu, lagu Malampagi versi Naufal telah mendapat pelbagai reaksi netizen.
‘Tak jadi healing’
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya berkata mereka sedikit janggal dan ‘kekok’ selepas mendengar versi Naufal.
Malah, ada segelintir yang berseloroh mengatakan mereka tidak jadi untuk ‘healing’ disebabkan merasa takut.
Video
@beegoodmusic Malam pagi version Naufal ok ke? @saixse #malampagi ? original sound – Beegood Music
Sumber: TikTok