Penyanyi veteran, Datuk Jamal Abdillah mencuri perhatian warganet apabila secara spontan membuat persembahan bersama anak perempuannya, Nur Azura Yamani.
Artikel Berkaitan: Jamal Abdillah Sedia Hulur Wang Buat Perbelanjaan Zaki Yamani Di Universiti – ‘Tanggungjawab Sebagai Seorang Ayah Akan Diteruskan’
Artikel Berkaitan: ‘Ayah Tak Tahu Saya Sambung Belajar’ – Zaki Yamani Sanggup Berhabis RM40,000 Bayar Yuran Pengajian Universiti Swasta
Menyanyi bersama Azura
@aalan_ahmad Dato Jamal Abdillah sebak bila menyanyi bersama Azura ? #jamalabdillah #azura #fylp? #fyp??viral
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Azura dilihat naik ke atas pentas kemudian disambut oleh bapanya yang sedang mendendangkan lagu dengan judul yang sama ‘Azura’.
Penyanyi veteran itu mempersembahkan lagu tersebut sambil membelai anaknya dan turut kelihatan sebak, manakala Azura yang berusia 5 tahun hanya tersipu malu.
Datuk Jamal sebak bila menyanyi bersama Azura (anak).
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terharu melihat momen manis dua beranak itu selain memuji vokal Jamal yang masih mantap.
Real Azura depan mata. Semoga Azura membesar menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat.
Saya rasa ini version terbaik Azura, melting.
Sebak tengok Datuk Jamal.
Aku tak boleh betul kalau anak perempuan, auto menangis.
Suara Datuk ni dari muda sampailah ke tua sama je tak pernah berubah.
Sekadar info, Jamal dan isterinya Datin Zai Izzati Khairuddin mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Selain Azura, mereka mempunyai tiga orang lagi cahaya mata iaitu El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.
Ia merupakan perkahwinan ketiga buat pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.
Sumber: TikTok Aalan Ahmad