berita

[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar ‘Uncle’ Karaoke Lagu Ziana Zain – ‘Macam Versi Opera Cina’

April 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Sebuah video yang dimuat naik di TikTok menjadi perhatian warganet apabila seorang lelaki berbangsa Cina sedang berkaraoke dengan menyanyikan sebuah lagu balada yang dipopularkan oleh penyanyi terkenal, Ziana Zain.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak 1 Malaysia Tahu Bakat Terpendam Awak Selain Buat Lawak’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza, Saerah & Saida Tarudin Karaoke Bersama, Ramai Cakap Dah Macam ‘Level’ Konsert!

Netizen puji ‘Uncle’ bawa lagu susah

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet memuji ‘Uncle’ itu kerana dapat menyanyikan lagu tersebut dengan penggunaan Bahasa Melayu yang baik walaupun mereka terhibur dengan gaya nyanyian yang kedengaran seperti persembahan opera Cina.

Selain itu, warganet juga kagum dengan lelaki berbangsa Cina itu apabila dia dengan berani dan yakin menyanyikan lagu Madah Berhelah yang disifatkan lagu yang sukar untuk dinyanyikan.

Warganet turut geli hati dengan gaya ‘selamba’ lelaki tersebut yang memakai baju berwarna kuning dan berseluar pendek namun dia dilihat sangat menghayati lagu tersebut. Warganet juga dengan berseloroh mengatakan lelaki itu pastinya peminat Ziana Zain.

@annie_767

? bunyi asal – annie_767 – annie_767

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×