berita

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Abby & Memey Lakon Semula Babak ‘Perempuan Itu’ – ‘Patutnya Abby Jadi Khalish’

July 4th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Gelagat pelakon Abby Abadi dan Memey Suhaiza yang melakonkan semula potongan babak drama Perempuan Itu berjaya mencuri perhatian netizen.

Artikel Berkaitan: ‘Papa Doa Supaya Allah Tutup Pintu Hati Adik Ke Atas Mana-Mana Lelaki Kecuali….’

Artikel Berkaitan: Pergi Bank Dengan Anak, Norman Hakim Disangka Curang & Keluar Dating Bersama Teman Wanita

Perempuan Itu!

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Memey yang sedang mengenakan pakaian berona hijau muda kononnya memegang watak sebagai Khalish yang dilakonkan oleh aktres Mimi Lana dalam drama tersebut.

Sementara itu, Abby yang mengenakan baju berona hitam memerankan watak sebagai Seira lakonan asal Siti Hariesa.

Potongan babak tersebut memperlihatkan Memey sedang memberi amaran kepada Abby kerana telah meruntuhkan rumah tangganya dan malebelkan dia sebagai perampas.

Abby dilihat begitu ‘medalami watak’ apabila hanya berdiam diri dan berdiri kaku ketika dimarahi Memey sebelum mereka berdua sempat ketawa di hujung video tersebut.

‘Dialog terbalik’

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Abby dan Memey.

Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang sempat berseloroh dengan mengatakan sepatutnya watak Khalish dilakonkan oleh Abby memandangkan bekas suaminya aktor Norman Hakim kini menjadi milik Memey.

Dalam pada itu, Abby yang juga ahli kumpulan Elite menerusi ruang kapsyen sempat bertanyakan kepada pengikutnya sama ada mereka merindui lakonan dia dan Memey atau tidak.

Ini sekadar lakonan sahaja. Paling penting di sebalik tabirnya Norman Hakim.

Rindu tak nak tengok kami dekat kaca televisyen? Nak buat drama sendiri tiada productions. Tunggu dekat syurga je lah, nanti dapat berkumpul semula buat semua benda sama-sama.

Untuk rekod, Norman pernah berkahwin dengan Abby pada 2002, namun disahkan bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Danisha Hakim.

Norman kemudian mendirikan rumah tangga dengan Memey pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.

Video

@abbyabadi112 Sekadar lakonan ?? @MemeySuhaizaOfficial_ paling penting nk share disebalik tabirnya adalah @Norman Hakim ye ?? ok sila komen ?rinduu tak nk tengok kami kt kaca telebisyen? hehe.. nk buat drama sendiri takde productions.. Tunggu kt syurga je lah nantix dpt berkumpul semula, dpt buat semua benda sama2 kan? ?? #AbbyAbadi #MemeySuhaiza #fyp #NormanHakim ? original sound – erma fatima

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×