Terkenal kerana sering kongsi resipi di TikTok, Sid Murshid menyorot perhatian ramai selepas video rumah banglo mewah yang didiami tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Suka Makan Duduk Bersila Atas Lantai – ‘Walaupun Saya Kaya, Inilah Cara Seorang Hamba’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wawa Zainal Kongsi Rezeki, Beri Barang Keperluan Makanan & RM200 Buat Orang Awam Sempena Hari Lahir

Banglo lima tingkat

Menerusi perkongsian di laman TikTok KL Foodie, Sid yang juga merupakan seorang penyanyi menunjukkan rumah banglo lima tingkat miliknya dalam segmen Dapur VIP, Janji Dipuji.

Video tersebut mendapat perhatian daripada warganet susulan ramai yang tidak menyangka bahawa Sid merupakan anak jutawan.

Hal ini kerana Sid tidak pernah berkongsi tentang kehidupan peribadinya di media sosial dan hanya menunjukkan sebahagian rumah yang terlihat seperti kondominium.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejut kerana tergamam melihat rumahnya yang persis seperti istana.

‘Ingat duduk kondo’

Sumber: TikTok