![[VIDEO] Netizen Terkesima Lan Pet Pet Fasih Berbahasa Hokkien – ‘Macam-Macam Bakat Dia, Luar Biasa!’](https://media.ohbulan.com/2025/05/lan-pet-pet-24234.jpg)
Kebolehan pelawak dan pelakon Lan Pet Pet berbahasa Hokkien telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cita-Cita Saya Dari Kecil’ – Lan Pet Pet & Keluarga Bakal Berhijrah Ke Madinah, Berhasrat Dikebumi Di Perkuburan Baqi
Artikel Berkaitan: ‘Hampa Nak Masuk Syurga Ke Tak?’ – Netizen Terhibur Tengok Lan Pet Pet ‘Paksa’ Pengunjung Beri Derma Di Bazar Ramadan
Kelebihan Lan
@pendekbuahpdgserai abg lan semua boleh hat mana nak beli durian hapa kena mai di kedai kami
Menerusi perkongsian di TikTok, kelihatan Lan sedang berada di sebuah kedai buah-buahan sebelum dia didatangi oleh seorang wanita berbangsa Cina.
Paling menarik perhatian, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 56, kemudian berbual dengan wanita tersebut dalam bahasa Hokkien.
Pujian netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji pelakon filem Senario Lagi itu kerana kemahirannya menguasai pelbagai bahasa.
Hebat la Lan! Bahasa Tamil boleh, bahasa Hokkien boleh, trumpet pun boleh.
Apa yang dia cakap tu betul, bukan main-main.
Terkejut saya dengar, dia punya bahasa Hokkien mantap!
Lan Pet Pet seorang artis yang mempunyai bakat luar biasa, semua benda dia boleh buat.
Kebanyakkan orang utara memang ramai boleh bercakap Hokkien.
Sumber: TikTok Pendek Buah Padang Serai