Memiliki rumah yang cantik dan selesa adalah idaman buat para ibu di seluruh dunia.
Artikel Berkaitan: Lihat Bagaimana Wanita Ini Ubah Suai Rumah Flat Dengan Kos RM1300 Termasuk Perabot!
Artikel Berkaitan: Luar Flat Tapi Dalam Kondo! Lihat Transformasi Rumah Flat Lama Berkeluasan 880sqft Ini
Deko jadi kondo
Tidak kisah sama ada rumah pangsapuri atau kondominium, rumah itu boleh menjadi cantik sekiranya jatuh pada orang yang tidak terbatas kreativitnya.
Seperti yang tular di media sosials baru-baru ini, memaparkan seorang wanita dikenali Nurul yang menetap di rumah Program Perumahan Rakyat (PPR), terletak di Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur.
Meskipun hanya mendiami rumah pangsapuri namun bagi Nurul bukan penghalang untuk dirinya menunjukkan bakat seni yang ada.
Tema saya biru cerah dan putih, macam english dah scandinavia punya stail.
Jelasnya, dia kurang gemar untuk menggunakan barang yang banyak di dalam rumah.
Selepas 17 tahun menyewa rumah tersebut, Nurul membelinya dengan harga RM35,000 pada tahun lepas.
Bercerita lebih lanjut, Nurul berkata keistimewaan rumah tersebut adalah tandas yang telah diubah suai menjadi tandas mewah.
Biasakan tengok hotel punya tandas semua cantik.
Ia menjadi sumber inspirasi buat saya.
Biasa PPR rumah kecil, tiada tempat untuk gantung baju jadi idea saya adalah untuk sekalikan tandas dan bilik dobi.
Nurul turut menjelaskan dia telah mengubah suai dapur di bahagian rumahnya supaya tampak lebih besar daripada yang sedia ada.
Katanya, semasa menyewa rumah tersebut dia hanya menggunakan perabot yang biasa namun selepas rumah menjadi hak milik dia mula berani untuk mengubah suai menjadi lebih cantik.
Komen netizen
Sumber: Instagram House Tour