berita

[VIDEO] NGO Tawar RM2k Cari Lelaki Kurang Ajar Baling Kucing Dalam Lombong

May 21st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran RM2,000 kepada orang ramai yang dapat menjejaki individu melempar kucing ke dalam lombong yang dipercayai berlaku di Johor untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Lempar seekor kucing

Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika, pihaknya menerima video daripada seorang pengadu memaparkan dua individu berada di kawasan lombong dengan seorang daripadanya dilihat melempar seekor kucing.

Salah seorang dilihat melempar kucing berkenaan, manakala rakannya di sebelah hanya menyaksikan tindakan kejam itu. Saksi kejadian atau mereka yang mengenali pelaku terbabit atau rakannya diharap dapat menyalurkan maklumat ke WhatsApp 016 6345464.

Perbuatan pelaku itu boleh menyebabkan kucing itu mati lemas atau dimakan ikan pemangsa. Bagi pihak persatuan, saya kesal kerana masih ada lagi individu tergamak melakukannya dan diharap pelaku itu diheret ke muka pengadilan.

Tambah Arie, tindakan tersebut sangat keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan. Pihaknya juga akan memastikan bahawa pelaku tersebut akan dibawa ke muka pengadilan.

Kena pantau sentiasa

Budak-budak ni dan akan datang cepat betul lupa apa jadi dekat orang yang lempar kucing dulu ye. Kesian. Kadang-kadang aktiviti budak ni terpengaruh dengan apa yang terpampang di media sosial. Jadi kita kena pantau apa benda yang ada dalam media sosial mereka dan kawal apa yang mereka siarkan.

Kejamnya, kenapa sanggup buat macam tu? Kena bagi pengajaran orang macam ni.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju bahawa pelaku perlu menerima hukuman yang setimpal di atas kesalahan yang dilakukan. Mereka juga berharap, pelaku berjaya dikesan dalam tempoh masa yang terdekat ini.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×