berita

[VIDEO]‘Ni Lagi Sakit Dari Beranak’ – Isteri Bagi Suami Try Alat Simulator Contraction, Baru Mula Dah Suruh Berhenti

June 29th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Memang tidak dinafikan bahawa proses melahirkan cahaya mata merupakan saat yang paling dinantikan dan dalam masa yang sama amat digeruni oleh para wanita yang bergelar sebagai ibu. Namun, terdapat sesetengah lelaki yang tidak memahami betapa sakitnya para isteri mereka melalui detik itu.

Isteri minta suami cuba alat simulator

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Muhsin Yusni di Youtube, isterinya, Aisyah meminta suaminya itu untuk mencuba alat simulator bersalin untuk merasai bagaimana pengalaman seorang isteri menghadapi contraction ketika sedang bersalin.

Di dalam video berkenaan, kelihatan lelaki itu sedang baring setelah memakai alat simulator pada bahagian perutnya. Isterinya mencuba bermain dengan alat berkenaan sehingga si suami menjerit kesakitan kerana tidak dapat menahan sakit contraction tersebut.

Terhibur melihat lelaki berkenaan kesakitan, Aisyah semakin suka untuk mengenakan suaminya dengan menambahkan level kesakitan. Lelaki berkenaan mengingatkan isterinya agar memberitahunya jika ingin menambahkan contraction level berkenaan supaya dia bersedia menerima kesakitan tersebut.

Kau buat nombor berapa tu? Satu-satu lah.. Kalau naikkan bagitau tau. Sakit..

2.5 mode normal rasa dia macam sesemut. You pernah tak rasa macam tu kat kaki.. Jangan tukar tiba-tiba!

Selamba minum air masa suami tahan sakit

Lebih menghiburkan lagi apabila ketika si suami sedang menahan kesakitan, isterinya dengan selamba sempat minum air. Setelah 10 minit menggunakan alat simulator berkenaan, lelaki itu berasa pening dan akhirnya si suami merayu untuk menghentikan level simulasi tersebut kerana sudah tidak dapat menahan lagi.

No no ni lagi sakit dari nak beranak. Macam nak terkeluar!

Video berdurasi 13 minit 11 saat itu mendapat lebih 179,000 tontonan serta mendapat sebanyak 11,000 likes di Youtube.

Video penuh:

Sumber : Hunsin Yusni

SKIP THIS AD ×