berita

[VIDEO] ‘Ni Muhyiddin Yassin Ke?’

July 21st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini tular video seorang kanak-kanak lelaki kelihatan tergamam apabila melihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke rumahnya untuk mengagihkan daging korban.

Terkejut Perdana Menteri datang ke rumah

Menerusi video yang dimuat naik Buletin TV3 di Youtube, memaparkan reaksi kanak-kanak lelaki berkenaa yang terkejut dan teruja dengan kehadiran Perdana Menteri seolah-olah tidak percaya dengan kehadian Perdana Menteri itu.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen apabila kanak-kanak itu dengan selamba memanggil pemimpin nombor satu negara itu dengan nama panggilan sahaja.

Eh Muhyiddin Yassin lah.

Beliau dikatakan telah menghulur bungkusan daging korban itu sambil bertanyakan khabar kepada keluarga kanak-kanak berkenaan. Dalam pada itu, Muhyiddin sempat bertanya mengenai tempat persekolah kanak-kanak terbabit.

Rata-rata netizen memuji kanak-kanak berkenaan kerana menegur Perdana Menteri dengan nama panggilan. Malah ada juga di antara mereka kagum dengan tindakan Perdana Menteri yang turut hadir mengagihkan daging korban dari rumah ke rumah.

Video penuh :

Sumber : NH Online

SKIP THIS AD ×