![[VIDEO] Niat Anak Aliff Syukri Singgah PPR Beri Sumbangan Duit Terima Pujian – ‘Ammar Suka, Tak Tahu Kenapa’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/ammar-ahyan.jpg)
Anak sulung kepada pasangan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida iaitu Ammar Ahyan mencuri perhatian ramai apabila menunjukkan sikap pemurah dan prihatin terhadap golongan memerlukan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Cari Menantu – ‘Hantaran RM50K, Rumah & Kereta Disediakan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bonda Rozita Dahulukan Menantu, Syukur Aliff Syukri Sebagai Anak – ‘Dia Sangat Baik’
Ammar suka bersedekah
Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Ammar dilihat menghubungi ibunya untuk meminta keizinan keluar makan bersama rakan-rakan.
Namun, apa yang menyentuh hati netizen ialah niat Ammar yang ingin singgah ke kawasan PPR (Program Perumahan Rakyat) untuk memberikan sumbangan kewangan kepada penduduk di sana.
Ammar: Ammar nak pergi rumah PPR, nak bagi duit
Shahida: Bagi duit dekat siapa?
Ammar: Dekat orang PPR lah
Shahida: Kenapa nak bagi duit dekat diorang?
Ammar: Ammar suka buat macam tu, tak tahu kenapa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dan memuji sikap pemurah serta keprihatinan Ammar yang sudi berkongsi rezeki tanpa mengharapkan balasan.
Mereka juga turut menitipkan doa agar Ammar dan keluarganya terus dirahmati serta dimurahkan rezeki.
MasyaAllah, suka bersedekah. Didikan terbaik.
Bagus betul lah anak-anak Aliff dengan Datin ni.
Mungkin sebelum ni Ammar memang selalu bagi duit, cuma tak kongsikan je. Bagusnya, Alhamdulillah.
Bagusnya Ammar pergi PPR bagi orang duit.
Bagi duit dekat PPR. Betul-betul sesuai jadi YB ni.
Sumber: TikTok