Pelakon, Niezam Zaidi tidak dapat menahan sebak apabila mengenang jasa dan sokongan bapanya dalam membantu merealisasikan impiannya untuk bergelar anak seni.

Artikel Berkaitan: ‘Saya & Fify Masih Berkawan, Doakan Yang Terbaik’ – Niezam Zaidi

Artikel Berkaitan: Fify Azmi Putus Cinta Dengan Niezam Zaidi?

Sebak cerita pasal bapa

Menerusi potongan klip Sembang Seram podcast, pemilik nama Mohd Niezam Mohd Zaidi, 33, menceritakan kembali kisah berkaitan bapanya yang memberi kesan mendalam sehingga kini.

Menurut Niezam, disebabkan peristiwa itu dia berjanji dengan dirinya untuk tidak sesekali mengecewakan sokongan bapanya.

Pada ketika itu bapa saya cuma ada RM100 tetapi dia bagi saya RM76.

Saya tahu dengan duit itu jugalah dia buat untuk makan dan berbelanja. Bila saya tanya, ‘Papa ada duit ke?’, dia jawab dia ada duit lagi.

Dalam hati saya cakap, ‘Suatu hari nanti saya tidak akan kecewakan papa’.

Berbekalkan duit itu, saya pergi untuk capai impian saya nak jadi pelakon. Sebab itu bapa saya adalah hero saya.

Netizen puji lakonan Niezam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak henti memuji lakonan Niezam serta berharap aktor itu lebih berjaya dalam menerpa nama dalam industri seni.

Menurut mereka, Niezam merupakan salah seorang pelakon yang berjaya membawa watak dengan sempurna hingga memberi kesan kepada penonton.

Sumber: TikTok