![[VIDEO] Nilam Ortiz & Azlan Komeng Berpisah? – ‘Ini Adalah Kegagalan & Ruang Untuk Menjadi Manusia Lebih Baik’](https://asset.ohbulan.com/2026/03/nilam-azlan-3.jpg)
Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz, dilihat seakan-akan memberi bayangan bahawa rumah tangga yang dibina selama empat tahun itu kini berakhir dengan perpisahan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nur Nilam Ortiz Hamil, Bakal Timang Anak Lelaki
Artikel Berkaitan: ‘Tak Kenal Tapi Pegang’ – Nilam Ortiz Tak Suka Perut Disentuh Ketika Hamil
Nilam Ortiz pilih jalan yang berbeza
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nilam memaklumkan bahawa keputusan yang dibuat adalah atas persetujuan kedua belah pihak.
Dalam pada itu, Nilam menyifatkan Azlan, atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran, sebagai seorang suami dan bapa yang terbaik.
Kami sepakat untuk meneruskan kehidupan di jalan yang berbeza, dengan doa yang baik dan penuh hormat untuk satu sama lain.
Saya beritahu bukan untuk membuka cerita lama tapi kerana suatu hati nanti mungkin kami akan bertemu orang lain dan memulakan fasa baru.
Dia seorang suami yang baik dan ayah yang bertanggungjawab. Banyak perkara indah yang kami lalui bersama. Cuma takdir membawa kami ke arah berbeza.
Berkongsi mengenai tanggungjawab terhadap anak, Nilam dan Azlan sepakat untuk terus menjadi ibu bapa yang terbaik demi memastikan anak mereka membesar dengan limpahan kasih sayang yang mencukupi.
Kami tetap komited menjadi co-parenting yang baik untuk anak tanpa dendam, tanpa memburukkan sesiapa.
Ini adalah kegagalan. Ini adalah pembelajaran, kematangan, dan ruang untuk menjadi manusia lebih baik.
Doakan yang baik-baik untuk kami.
Imbas kembali, Nilam mencuri perhatian apabila mendedahkan suaminya, Azlan akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.
Nilam kemudiannya hadir ke mahkamah pada 9 April lalu dengan berpakaian serba hitam bagi memfailkan fasakh.
Bagaimanapun, Azlan memaklumkan kemelut rumah tangga akhirnya berakhir selepas diselesaikan dengan pegawai jabatan agama pada Julai tahun lalu.
Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pada September 2025.
Sumber: TikTok @puan nilam ortiz








