berita

[VIDEO] Nina Smith Mohon Maaf Sebab Beri Jawapan Kurang Keyakinan Diri Kerana Berwajah Melayu

September 19th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nina Smith

Pelakon Nina Smith tampil memohon maaf susulan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini yang mengatakan dia tidak yakin berwajah Melayu sehingga menerima kecaman netizen.

Ramai mempertikai

Nina Smith

Menerusi hantaran video di TikTok, Nina berkata sejak usianya kecil, dia sering diajukan soalan orang sesetengah pihak yang mempertikaikan kebenaran nama penuhnya iaitu Amalina Smith dengan wajahnya.

Kata Nina, mereka yang mempertikaikan itu seakan tidak percaya dia adalah gadis kacukan Melayu dan Amerika.

Dari umur saya tujuh tahun, masuk sekolah tengah check gigi, nurse tanya saya ‘eh awak nama Amalina Smith ni, betul ke awak ni mix? ke awak saja letak’ dan waktu itu saya tak berapa faham.

Semakin membesar, selalu sangat soalan itu diajukan kepada saya. Jadi, kalau awak dah hidup selama 24 tahun dan soalan itu saja yang diberikan kepada awak, adakala awak akan develop jawapan yang macam ‘aku tahu dalam otak kau ni fikir kenapa muka dia tak macam mat saleh, dia tipu la ni’.

Sebelum orang cakap macam itu, saya dah cakap dulu ‘saya tahu saya sedar yang muka saya tak macam mat saleh, saya lebih kepada wajah Melayu’. Saya tak cakap benda tidak baik.

Dalam video sama, aktres berusia 24 tahun itu turut memberitahu dia sangat berbangga dengan rupa parasnya dan memohon maaf jika jawapan yang diberikan menyinggung perasaan segelintir pihak.

Saya sangat bangga dengan rupa paras saya. Alhamdulillah, banyak rezeki saya dapat dengan muka Melayu ini. Saya tak kisah muka saya macam mana tapi bila orang pertikaikan benda tu jadi sensitif sikit.

Macam yela, ‘betul ke nama you’ seolah macam menidakkan, seperti dia nak cakap ayah saya itu bukan ayah saya? Tapi itu masalah peribadi yang saya perlu hadap.

Bukan ‘insecurity’, mungkin saya salah guna perkataan. Saya bukan tidak yakin sebab muka Melayu, bukan itu maksud saya. Mungkin jawapan saya dan menyinggung sesetengah pihak.

Terdahulu, video Nina ditemu bual ketika menghadiri uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 mengundang kecaman netizen gara-gara jawapan yang diberikan olehnya itu.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×