![[VIDEO] Ning Baizura Merdu Alunkan Surah An-Nur, Netizen Puji Anugerah Tuhan – ‘Menyanyi Boleh, Mengaji Sedap’](https://media.ohbulan.com/2025/03/ning-1.jpg)

Penyanyi, Ning Baizura meraih perhatian dengan kemerduan suaranya mengalunkan bacaan Al-Quran.
Artikel Berkaitan: Ning Baizura Tepis Dakwaan Nak Ambil Hati Syafinaz Menyanyi Lagu ‘Ingin Bersamamu’
Artikel Berkaitan: Kecewa Video Disunting, Ning Baizura Buka Mulut – ‘Saya Tak Bermaksud Untuk Persenda Situasi & Tempat Itu’
Merdu suara
@carrotsusu107 When Kak Ning’s phone accidentally fall down while she reciting the Quran but she still being professional finishing her lines in Quran ? #ningbaizura #gengngaji #ramadan2025 #zycbca #tiktokviral ? original sound – carrotsusu107
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah dilihat bertudung sambil mengalunkan ayat suci Al-Quran menerusi panggilan video.
Pada perkongsian itu, telefon yang dijadikan sebagai platform panggilan video itu telah jatuh, namun, pelantun suara ‘Curiga’ ini tetap meneruskan bacaannya secara profesional.
Dalam pada itu, netizen sempat berseloroh mengatakan bahawa telefon tersebut turut teruja mendengar kemerduan suara Ning membaca Al-Quran.
Anugerah tuhan




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji suara penyanyi berusia 49 tahun itu membaca surah An-Nur. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Ning terbuka hati untuk kekal bertudung.
Sumber: TikTok @carrotsusu107





![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)