Penyanyi Noh Salleh mengakui kehidupannya menjadi sukar selepas bercerai dengan bekas isterinya yang juga aktivis kemanusian, Mizz Nina pada tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Noh Salleh Dah Bertunang Dengan Peguam
Artikel Berkaitan: Mizz Nina Umum Nikah Kali Kedua, Jumpa Pengganti Nama Essam Muhammad
Hidup sukar
Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh, 38, mendedahkan perkara itu menerusi satu sesi temu bual di TikTok Pophariini yang bertanyakan mengenai lima lagu band Indonesia kegemarannya.
Menerusi video tersebut, Noh menjawab salah lagu kegemarannya adalah Manusia nyanyian asal David Bayu yang dikatakan begitu dekat dengan kehidupannya.
Lagu Manusia nyanyian David Bayu, lagu ini benar-benar satu refleksi terhadap diri saya.
Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar. Saya bercerai dengan isteri, kemudiannya berebut anak.
Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sendiri sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup.
Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun disahkan bercerai pada Ogos 2022.
Sementara itu, pada tahun sama, mereka telah mengambil seorang anak angkat yang dikenali sebagai Musa.
Dalam perkembangan lain, vokalis kumpulan Hujan itu turut mengejutkan ramai pihak apabila dikatakan telah mengikat tali pertunangan dengan seorang peguam dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada September depan.
Manakala, Mizz Nina pula berkongsi berita gembira apabila mengumumkan sudah bernikah dengan seorang penyanyi rap terkenal kelahiran Magribi iaitu Essam Muhammad pada suku kedua tahun 2023.
Video
@pophariini.com Lagu Indonesia apa yang menemani kalian di masa sulit? #PopHariIni #NohSalleh #fyp? #masukberanda ? original sound – Pophariini
Sumber: TikTok