Penyanyi Noh Salleh telah menyorot perhatian warganet selepas mengenang kembali kelahiran arwah anak sulungnya bersama isteri Fathin Athira.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hari Ini Genap 7 Bulan Kami Kehilangan Anak Dalam Kandungan’ – Noh Salleh
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noh Salleh Lancar Lagu ‘Rahsia Tuhan’, Netizen Rasa Sebak – ‘Mungkin Ini Luahan Rindu Untuk Anak Dia’
Hari lahir anak
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Noh memuat naik video persembahannya ketika menyampaikan lagu hits ‘Rahsia Tuhan’ di sebuah acara yang dipercayai berlangsung di Sarawak pada Sabtu.
Pada hantaran yang sama, Noh turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan isterinya berada di pusara anak mereka.
22 Februari adalah hari jadi Julian Bin Muhammad Noh.
Persembahan paling bermakna
Menurut vokalis kumpulan hujan itu, persembahan pada malam tersebut sangat bermakna untuknya kerana arwah anak sulungnya lahir pada tarikh yang sama.
Persembahan ‘Rahsia Tuhan‘ malam ini benar bagaikan satu hentakan yang penuh emosi buat saya dan isteri.
Wahai warga Kuching yang datang bernyanyi bersama, terima kasih sangat-sangat. Kita raikan hari jadi Julian dengan jeritan hati nurani yang penuh kasih sayang.
Malam tadi menjadi antara persembahan paling seronok dalam hidup aku. Buat persembahan di tanah lahir ku dan di malam hari jadi arwah anak.
Terdahulu, sekitar September tahun lalu, Noh memaklumkan kepada umum tentang pemergian anak sulungnya.
Imbas kembali, Noh selamat bernikah dengan Fatin Athira Mustapa yang juga seorang peguam, pada 23 September 2023.
Noh sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos 2022. Mereka juga mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Musa.
Sumber: IG Noh Salleh