Pelakon dan penyanyi sensasi, Nonny Nadirah, baru-baru ini menarik perhatian netizen selepas berkongsi tentang situasi kehidupannya sekarang.

Artikel Berkaitan: Nonny Nadirah Tolak Lamaran Jadi Isteri – ‘Saya Bukan Calon Yang Sesuai’

Artikel Berkaitan: Hanya Pakai ‘Bra’ Hitam, Nonny Nadirah Belanja Nyanyi Lagu Arab

Berubah dengan drastik

@shuuteraw

For those who willing to help all the link is in bio. Happy ramadhan.❤️ #nonnynadirah #shuuteraw #buymeacoffee #fatraworldwidecharity

♬ Interstellar – Saymon Cleiton

Menerusi perkongsian video di TikTok, pemilik nama Nonny Nadirah Zainuddin, 36, mengakui dia kini kehilangan segalanya, termasuk perniagaan dalam talian yang diusahakannya.

Katanya, keadaan itu telah mengubah hidupnya secara drastik sehingga menyukarkan dia untuk menjelaskannya kepada orang ramai.

Assalamualaikum, saya Nonny Nadirah, dari Malaysia.

Kini saya ingin maklumkan, saya kehilangan segala-galanya dan susah untuk saya jelaskan sebenarnya.

Pada tahun 2003, saya mulakan perniagaan dengan bermodalkan RM200.

Bukan sebagai penyanyi atau pelakon tetapi hanya untuk bekerja dari rumah sahaja.

Tambah Nonny, kehidupannya berubah selepas sokongannya terhadap Palestin, yang turut memberi kesan kepada kehidupannya.

Saya masih bekerja tapi disebabkan saya menyokong Palestine, mereka sekat semuanya.

Kehidupan dan kerjaya sekali semuanya musnah.

Jadi, dengan ini saya ingin mengutip dana kerana dengan cara ini sahaja saya boleh menampung kehidupan seharian saya.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencadangkan agar Nonny kembali bekerja.