![[VIDEO] Nora Danish Kembali ‘Single’, Sudah Putus Dengan Mickey Ayo](https://asset.ohbulan.com/2026/04/New-Latest-Default-Image-2026-04-30T120431.060.png)
Pelakon, Nora Danish mengakui hubungan mesranya dengan lelaki dikenali sebagai Mickey Ayo tidak dapat diteruskan apabila kedua-duanya memilih untuk membawa haluan masing-masing.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cabaran Ibu Tunggal, Kena Tahan Emosi & Tunjuk Kuat Demi Anak’ – Nora Danish
Haluan masing-masing
Menurut Nora, 44, keputusan itu dibuat secara baik tanpa sebarang konflik, malah mereka kini kekal sebagai rakan.
Sekarang saya masih solo dan tidak mempunyai kekasih. Sebelum ini mungkin ada fasa mengenali hati budi seseorang, tetapi kami ambil keputusan untuk berpisah cara baik. Kami cuma berkawan dan saya memang berkawan dengan semua orang.
Tambah pemilik nama Nora Mohd. Danish Hanif, perpisahan tersebut berlaku disebabkan kesibukan selain tiada kesefahaman dalam beberapa perkara.
Keputusan ini dibuat kerana masing-masing sibuk selain faktor ketidaksefahaman dari pelbagai segi. Ini keputusan terbaik untuk kami.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Poskad Cinta Dari Istanbul, pada malam Rabu.
Hasil tinjauan juga mendapati tiada lagi perkongsian foto bersama Nora dalam akaun Instagram Mickey Ayo malah mereka sudah saling tidak mengikuti.
Dalam pada itu, Nora menafikan keputusan tersebut mempunyai kaitan dengan kedua bekas suaminya. Sebaliknya, dia menegaskan hubungan baik dengan bekas pasangan hanya demi anak-anak mereka, iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 17, dan Mohamed Neqayl Nedim, 8.
Saya sangat selesa dengan hubungan sekarang bersama bekas-bekas suami. Kami bersahabat dan fokus utama adalah memastikan anak-anak terjaga dengan baik.
Mengulas mengenai kemungkinan kembali bersama bekas suami, Nedim Nazri, Nora tidak menolak sepenuhnya namun mengakui mereka kini lebih bahagia sebagai sahabat.
Terdahulu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan Putra Rayqal sebelum bercerai dua tahun kemudian.
Pada 2017, dia mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri tetapi perkahwinan mereka berakhir pada 19 Jun 2024. Hasil perkahwinan dibina mereka mempunyai seorang putera, Neqayl.