![[VIDEO] Nourul Depp Respon Netizen Perli Syok Sendiri Mahu Anjur ‘Mini’ Konsert – ‘Saya Ada Beberapa Album’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/nourul.jpg)
Penyanyi, Nourul Depp mencari penganjur bagi memenuhi hasratnya untuk menjayakan ‘mini’ konsert pada April tahun hadapan.
Artikel Berkaitan: Bali Dilanda Banjir, Nourul Depp & Keluarga Dalam Keadaan Selamat – ‘Kami Tidak Terjejas’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tahu…Apabila Anak Tinggalkan Kita Atas Sebab Tertentu, Ia Menyakitkan’ – Nourul Depp
Mini konsert
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab berkata, kehadirannya pada satu program nyanyian telah mendapat cadangan untuk menjayakan konsert buat para peminat.
Saya ingin mengucapkan terima kasih pada pasukan Kilauan Emas.
Disebabkan kejutan itulah, banyak cadangan dan pertanyaan untuk saya buat konsert.
Dengan itu, saya dan team bercadang untuk membuat mini konsert pada April 2026.
Saya mencari sesiapa sahaja sebagai penganjur konsert ini.
Dilabel syok sendiri
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Kerana Terluka’ dititip nasihat oleh seorang individu agar tidak syok sendiri dalam menjayakan konsert.
Ujarnya lanjut, Nourul tidak memiliki banyak lagu yang popular selain duet.
Jangan syok sendiri kak. Risiko kalau orang tak beli tiket. Bukan banyak sangat lagu hit selain lagu duet.
Bagaimanapun, Nourul dilihat tenang menjawab kenyataan individu terbabit dengan berterima kasih atas kerisaun yang dinyatakan.
Terima kasih. Puan tak follow pun saya bermaksud puan tak minat saya.
Saya fokus pada yang suka dan minat lagu-lagu saya. Terima kasih tolong risaukan.
Takut tidak buat kita maju. Saya ada beberapa album sebelum duet. Alhamdulillah ada la dua tiga orang yang tahu.
Sumber: TikTok @nouruldepp