Penyanyi Nubhan mencuri perhatian ramai apabila membuat kejutan istimewa kepada ibunya, Mak Jenny, dengan menghadiahkan sebuah televisyen baharu.

Artikel Berkaitan: Perniagaan Untung Besar, Nubhan Sewa Limosin RM6,000 Bawa Mak Jenny

Artikel Berkaitan: Nubhan Buat Kejutan Bawa Mak Naik Helikopter Pusing KL, Hadiah Perniagaan Makin Maju

Buat kejutan belikan TV

@nubhan86

Yeay! Tv baru mak dah sampai…🙊🙊 ingatkan mak Happy, ada je yg x kena 🤣 #omakjenny #nubhan #fyp

♬ Sound of flowing water (ASMR) 3D sound(938614) – MN Field Record

Menerusi perkongsian di TikTok, Nubhan atau nama lengkapnya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, menceritakan bahawa ibunya sebelum ini ada mengadu mengenai televisyen lamanya yang sudah rosak.

TV tu bila buka, ada garisan lebar daripada atas sampai bawah. Kalau putih, gambar terang, kalau hitam tu tak ada gambar langsung. Dengar suara je.

Mendengar keluhan itu, Nubhan kemudian ke kedai menjual barangan elektrik untuk membeli sebuah televisyen baharu bersaiz 65 inci agar ibunya lebih selesa menonton rancangan kegemarannya.

Dah beli dah TV Mak Jenny, lepas ni dia boleh dah tengok siaran Al Hijrah dia tu, setiap hari tengok ceramah.’

Ketika membuat kejutan di rumah, Mak Jenny sedang makan. Nubhan kemudian memanggil ibunya ke ruang tamu, dan pada saat itu, penghantaran televisyen tiba. Reaksi terharu jelas terpancar pada wajah Mak Jenny apabila menerima hadiah tidak disangka itu.

Seronoklah tengok TV macam ni, besar. Luas mata memandang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan tindakan Nubhan yang dianggap sebagai contoh anak mithali. Ramai turut mendoakan agar rezeki Nubhan terus mengalir dan ibunya sentiasa diberi kesihatan serta kebahagiaan.

Sumber: TikTok Nubhan