berita

[VIDEO] Nyanyian Pelangi Petang Kanak-Kanak OKU Ini Undang Sebak Netizen

October 8th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Siapa yang tidak tersentuh dan mengalirkan air mata apabila menyaksikan persembahan dari adik Aqim. Kanak-kanak lelaki ini mengalami cerebral palsy dan hanya duduk di atas kerusi roda bagi mempersembahkan lagu Pelangi Petang di sebuah pertandingan nyanyian anjuran Persatuan Celebral Palsy Malaysia.

Rata-rata yang menyaksikan persembahan dari adik Aqim ini mengalirkan air mata melihat kesungguhan dia menyampaikan sepatah demi sepatah lirik lagu tersebut.

Sedaya upaya menyampaikan Pelangi Petang

https://www.facebook.com/cerebralpalsy.my/videos/763321444128524/?__xts__[0]=68.ARA0U7e12vtJMLrIziEDhQDNG5ghwhwVyG8tmLnuiMYJJO5VofMHHhiT0IBdmxFOcF3Z0CYKbMhN0whVFSQTqIepB1k_o6lpcfILIExFixn9DaMQM0ZxZ1_1upGJKyGXsaVn2U406pkwrjA3cPitYVOz1kyJohOo2GrKg7PIPGdzqNw372lgse3NRVl229tUKWruar4JtgdZ1AMdzGUZjdJQFxhlXdbJ__8ShIP_LPRPnX3qXXHufp_q7t3ONwAIpr3kkDAOoZe607gFFJ-uqLHCnlBmoJrGL5mbK-LWMsxKQlSQ5nXfGcBFV2tpV4q3sI04LToEbE78CyJpNoZCrgZ9JEaPmpm9BHK1VQ&__tn__=-R

Sedaya upaya adik Aqim menyampaikan lagu Pelangi Petang. Nak menyebut setiap patah perkataan pun beliau perlukan tenaga yang sangat banyak sehingga seluruh badannya bergerak, apatah lagi buat perkara yang lain. Mudah bagi anda, tapi sedarkah anda betapa sukarnya untuk dia? “The struggle is real”.

Dengan ketidakupayaan yang beliau miliki, tidak menghalang untuk dia menyertai pertandingan CP Got Talent dan dinobatkan sebagai persembahan terbaik keseluruhan.

Selamat hari CP sedunia buat semua komuniti CP di seluruh dunia. Siapa kita nak menidakkan kebolehan mereka ini. Persembahan ini menjadi saksi yang individu CP juga punyai perasaan, kehendak dan kebolehan seperti orang lain. Pelangi Petang buat anda.

Persembahan terbaik keseluruhan

https://www.facebook.com/cerebralpalsy.my/videos/2509144335795623/?__xts__[0]=68.ARCTDAIfZSCAvudf-GPvegphXzci6_K9PlKjMB2ppHzh7Zga0tNAFmUP69vYqZpaSG44LxOFwGvODlhkpHJStltQ8UI5kQfQVR0WGlD9om1E8R3kFCiz3DtboDYDCEAY-cGx9NyB-59RjghrwNDuO6LWwi78AmUgnD8XfQL7s5O1rMaVhu7AkRjK7AHEg7X1LDa0KkfhnSyQ6IrJ5THxC54IyX2V-_naYT3uJ6E80z_ygWEjg0JCqRCIaJdyEbGqNS-CICEATNaIMNcSgRAe93jRacle3tYZXdds9pzm1c4rGAFln0UQ6YXM4IIAoE0X9fHUp4ZV1AERgoa_9Xq6VG3sOEhvYLN_mjhDlA&__tn__=-R

Persembahan Pelangi Petang nyanyian adik Aqim turut mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen tersentuh apabila menonton persembahan yang syahdu ini. Pertandingan CP Got Talent ini dianjurkan sempena sambutan hari CP sedunia yang dianjurkan oleh Cerebral Palsy Malaysia (GAPS).

Share video ini tanda sokongan dalam usaha menyebarkan kesedaran pada masyarakat diluar sana agar lebih memahami dan prihatin kepada OKU CP. Berilah mereka peluang dan ruang untuk turut sama dalam setiap acara dengan cara mereka sendiri.

Menyentuh hati kita semua

Dia kekuatan buat keluarga

Sumber: Cerebral Palsy Malaysia

SKIP THIS AD ×