Usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah meluahkan rasa syukur apabila dinobatkan antara calon tertinggi menerusi OhBulan! Paling Viral Online bagi kategori Usahawan Paling Viral.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ojen Aiwah Rancang Tubuh Yayasan, Fokus Bantu Golongan Susah Di Malaysia

Artikel Berkaitan: Top 5 OhBulan! Paling Viral Online Telah Diumumkan, Saksikan Malam Kemuncak 19 Disember Ini!

Top 5

@ojennn_aiwahh

Dari 10 pencalonan kita dah masuk Top 5, Alhamdulillah tq semua, We did it! 😭🙏

♬ original sound – Raul Gonzalez – Raul Gonzalez

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, 29, menitipkan jutaan terima kasih atas sokongan netizen yang mengundinya sehingga tercalon dalam Top 5.

Terima kasih semua tak kira Malaysia, Brunei, Singapore, Indonesia yang dah sokong dan undi saya tak henti-henti.

Dari Top 10 sekarang dah masuk Top 5.

Alhamdulilah kita berjaya. Saya sayang anda.

Dalam pada itu, Ojen memberi petunjuk seolah-olah bakal mengadakan Tour Kunafa Aiwah di Indonesia ekoran sokongan padu dari netizen negara seberang.

Tunggu 2.5 juta pengikut, kita Tour Kunafa Aiwah Indonesia.

Sekadar info, Ojen tercalon dalam kategori Usahawan Paling Viral di OhBulan! Paling Viral Online.

Senarai Top 5 bagi semua kategori OhBulan! Paling Viral Online kini telah pun diumumkan, susulan penutupan undian pada 26 November lalu.

Untuk memperluas capaian, OhBulan! melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

Penggunaan hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.

Sumber: TikTok @ojennn_aiwahh