Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ojen Aiwah tidak dapat menahan tangisan apabila sekali lagi ditimpa musibah selepas sekitar 10 ketuhar industri miliknya rosak kerana ribut di Tawau, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Ojen Aiwah Kena ‘Scam’ Dengan ‘Personal Shopper’, Lesap RM246,611

Artikel Berkaitan: Didakwa ‘Cekik Darah’ Jual Kunafah Di Singapura, Ojen Perjelas Kos Perbelanjaan – ‘Saya Bayar Semuanya Dalam SGD’

‘Tak dapat tahan tangisan…’

Pemilik nama Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli, 29, berkata ujiannya tidak terhenti di situ apabila dia dimaklumkan seramai 11 stafnya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Batu 22, Tawau, Sabah.

Menurut Ojen, kemalangan terjadi ketika van tersebut dalam perjalanan ke lapangan terbang Tawau untuk menyambung lawatan Kunafa Aiwahhh ke Sandakan.

Kata Ojen, dia sudah penat mahu berpura-pura berada dalam keadaan baik tatkala ditimpa musibah.

Saya tidak dapat menahan tangisan lagi.

Ujian kena scammed RM250k tak habis lagi.

Semalam hari terakhir di Tawau dan ribut pula pada waktu malam menyebabkan semua 10 industrial oven rosak. Tak lama kemudian, staf pula kemalangan.

Peritnya pura-pura senyum dan kuat. Semua benda saya sabar, benda lain saya boleh tahan tapi bila staf kemalangan saya sudah tidak boleh tahan. Akhirnya jatuh juga air mata.

Sebelum ini, Ojen mendakwa telah menjadi mangsa penipuan seorang wanita sebanyak RM246,611.

Dakwa Ojen, wanita asal Sabah itu mengambil upah sebagai ‘personal shopper’ kunafah yang diusahakannya.

Namun, dia telah menipu dengan melakukan transaksi palsu berhubung proses pembayaran.

Sumber: TikTok