![[VIDEO] Ojen Syukur Dapat Bawa Keluarga Sambut Ramadan Di Tanah Suci – ‘Pengalaman Paling Mahal Dalam Hidup’](https://media.ohbulan.com/2025/03/ojen-aiwah-1.jpg)

Personaliti TikTok dan usahawan popular, Ojen Aiwah berkongsi Ramadan pada tahun ini menjadi lebih bermakna buat keluarganya susulan berpeluang menyambut di Tanah Suci.
Artikel Berkaitan: [VIDEO[ Ojen Kongsi Video Gunting Rambut, ‘Colour’ Rambut & Barber Wanita Jadi Perhatian – ‘Di Sebalik Serban Ada Rambut Berwarna’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ojen Aiwahhh Tidak Tunggang Kontroversi Cik Epal – ‘Sebagai Sahabat, Saya Tak Mahu Hanya Muncul Pada Waktu Senang’
Satu pengalaman bermakna

Menerusi muat naik video di Instagram, pengasas Kunafa Aiwah itu berkata impiannya untuk menghadiahkan satu keluarga menyambut Ramadan di Tanah Suci akhirnya tercapai.
Jelasnya, ia adalah satu pengalaman yang tidak dapat dimiliki di mana-mana tempat.
Alhamdulillah ya allah, Kau bagi satu perasaan satu pengalaman yang tidak dapat dekat mana-mana.
Tidak pernah sangka dapat berpuasa di Tanah Suci tahun ini.
Bukan wang ringgit menjadi penanda aras. Yang kaya belum tentu sampai, Yang kurang mampu tidak mustahil sampai.
Semuanya kerja Allah S.W.T, Jemputan Allah.
Menjelaskan tentang keadaan di sana, Ojen berkata penduduk di sana berkejar-kejar untuk melakukan kebaikan di bulan Ramadan.
Dekat sini, kalau siang tiada apa sangat tetapi selepas asar suasana menjadi meriah sampai ke malam.
Begitu hebat mereka meraikan bulan puasa berebut-rebut dengan kebaikan. Alhamdulillah ya Allah atas rezeki mu.
Komen netizen


Sumber: Instagram








