Pempengaruh media sosial sensasi, DMA Islam, berkongsi pandangannya mengenai pemilihan pasangan hidup, khususnya melibatkan wanita yang berstatus janda.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Umumkan DMA Islam Seperti Anak Saya’ – Liza Abdullah Perjelas Sudah Berbaik

Artikel Berkaitan: DMA Islam Senarai Peraturan Untuk Bakal Isteri Turuti – ‘Aku Takkan Tukar Lampin Anak’

DMA Islam dakwa banyak pengalaman pahit

@bahangapidma_albana

janda yang ada 3 ex tak layak di kahwini sebab dia ada trust issue dengan ex husband dia. pilihlah anak dara yang belum ada kisah silam.#dmaislam #sayayakinsayahandsome

♬ original sound – DMA information – DMA information

Menerusi perkongsian di TikTok, DMA berpendapat para lelaki perlu lebih berhati-hati jika memilih janda sebagai pasangan, kerana kebanyakan mereka dikatakan sudah melalui pelbagai pengalaman pahit dalam perkahwinan terdahulu.

Okay sahaja untuk berkahwin dengan janda tapi kena hati-hati sebab kebanyakannya dah rosak.

Janda ini susahnya nak kawal sebab susah nak tarbiah dan bentukkan dia sebab dia dah janda.

Dia pun dah ada tiga orang bekas suami.

Janda macam ini kena elakkan, jangan berkahwin sebab ‘red flag’.

Kena cari janda yang ada seorang sahaja bekas suami, yang itu okay tapi itu pun belum tentu okay sebenarnya.

Tetapi kalau janda yang dah ada tiga orang bekas suami sudah tentu dia ini bermasalah.

Katanya, situasi tersebut menyukarkan seseorang lelaki untuk membentuk semula kehidupan dalam rumah tangga kerana wujudnya isu tentang kepercayaan, pengalaman silam dan konflik yang belum selesai sepenuhnya.

Anak dara masih ada, kenapa nak pilih janda? Kau boleh pilih wanita yang masih muda masih belum ada banyak drama dan kisah silam.

Tapi kau pilih janda yang mana, bekas suaminya pun banyak masalah.

Bila masuk dalam rumah tangga baru, dia masuk sekali dengan masalah.

Kau pula kena tolong selesaikan masalah itu sekali.

Dia pun dah ada ‘trust issue’ sebab bekas suami.

Realiti berumah tangga

DMA turut mendakwa bahawa wanita yang bergelar janda dan pernah berkahwin beberapa kali berpotensi membawa lebih banyak cabaran dalam hubungan baharu.

Kurang bijak kalau nak berkahwin dengan janda, kalau janda tu okay takpala ni kawin dengan janda ada empat orang anak dan dah ada tiga orang bekas suami.

Dalam pada itu, dia juga menyatakan bahawa sesetengah individu hanya akan memahami cabaran perkahwinan selepas mengalaminya sendiri, kerana menurutnya, pengalaman sukar itulah yang mengajar realiti hidup berumah tangga.

Tetapi mungkin semua orang akan belajar daripada pengalaman.

Tapi tak boleh salahkan juga sebab selagi mana awak semua tak kena masalah itu, awak tak akan belajar.

Jadi semua kena kahwin dulu dengan janda, barulah akan belajar dari pengajaran.

Sumber: TikTok DMA Islam