Susulan isu jerebu yang kian merunsingkan, Indonesia meminta agar negara-negara jiran iaitu Malaysia dan Singapura memahami akan keadaan tersebut.

Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Bersuara Isu Jerebu, Persoal Tindakan Kerajaan Indonesia

Isu jerebu

Memetik laporan Kompas.com, Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia (Bakom), Syahganda Nainggolan berkata, kebakaran hutan dan tanah yang berlaku ketika ini adalah fenomena alam dan ia di luar kawalan manusia.

Justeru, Syahganda memohon agar negara-negara jiran yang terkesan dapat memahami situasi yang sedang melanda itu.

Jadi, kami juga meminta semua negara jiran memahami bahawa perkara ini berlaku di luar faktor kesilapan manusia. Ini benar-benar fenomena alam.

Selain itu, Syahganda juga memaklumkan hubungan diplomatik antara Indonesia dan Malaysia tetap baik, walaupun sedang berdepan masalah jerebu rentas sempadan.

Bukan itu sahaja, beliau juga memberitahu bahawa kerajaan Indonesia akan memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan kepada Malaysia dan Singapura bagi mengatasi masalah tersebut.

Dalam masa yang sama, Syahganda berkata, hutan di negara itu juga menyumbang bekalan oksigen.

Kami bukan sekadar menghantar asap, tetapi apabila tiada asap, kami menghantar oksigen.

Oksigen di Singapura dan Malaysia juga datang daripada hutan-hutan kami.

Sementara itu, Syahganda juga berkata, Perdana Menteri Malaysia Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar wakil menerusi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membincangkan isu berkenaan bersama menteri mereka.

Kami sedang memperincikan perbincangan supaya masalah kebakaran hutan ini dapat ditangani secara bersama.

Sumber: Kompas