![[VIDEO] Opai Berhabis Lebih RM12k Belanja Staf Baju Raya, Netizen Puji Tak Kedekut – ‘Kebajikan Nombor Satu’](https://media.ohbulan.com/2025/03/opai-22424.jpg)

Usahawan dan suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Opai, menyorot perhatian warganet selepas berbelanja belasan ribu ringgit untuk persiapan hari raya para pekerjanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fatin Afeefa & Opai Berhabis Lebih RM100k Untuk Baju Raya, Netizen Tumpang Gembira – ‘Semoga Dimewahkan Rezeki’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Dedah Opai Pernah Belajar Di UK, Ada Lesen Profesional ‘Oil & Gas’ – ‘Dia Boleh Dapat 300 Ke 600 Dolar Sehari’
Belanja staf baju raya
@aliff_awang Selamat hari raya team ❤️
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang, membawa para pekerjanya ke sebuah butik pakaian.
Kita sedang membeli belah pakaian raya untuk staf dan juga untuk ibu mereka.
Pekerja-pekerja Opai kemudian mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi berkongsi rezeki.
Namun, paling menarik perhatian warganet adalah jumlah bayaran pakaian-pakaian tersebut yang berharga RM12, 148.
‘Kebajikan nombor 1’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Opai dan menyifatkannya sebagai seorang majikan yang pemurah.
Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan agar Opai dilimpahkan rezeki yang lebih banyak.
Sumber: TikTok Opai




![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)

