![[VIDEO] Opai Guna Daging Wagyu A5 Miyazaki Buat Rendang](https://asset.ohbulan.com/2025/06/opai-7.jpg)
Pempengaruh dan usahawan Aliff Awang berkongsi momen memasak rendang sebagai juadah istimewa sempena Hari Raya Haji.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Malu Dengan Kerjaya ‘Trader’, Opai Mula Bisnes Tanpa Ilmu – ‘Momen Pergi Haji Mengubah Hidup Saya’
Artikel Berkaitan: Individu Dikejarkan Ke Klinik, Dakwa Muntah & Cirit-Birit Disebabkan Pizza Wagyu Usahawan Popular?
Rendang wagyu
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau lebih mesra disapa Opai menggunakan daging wagyu gred A5 Miyazaki.
Ujar suami kepada pelakon Fatin Afeefa itu, dia berbelanja sebanyak RM4,000 bagi 4 kilogram (kg) daging wagyu.
Ini rendang yang dibuat oleh ibu, isteri dan bibik saya.
Mereka suruh beli daging, dan saya bagitahu ibu kita kena pakai daging wagyu.
Hari ini kita akan gunakan A5 Miyazaki. Tapi ini bahagian tenderloin, dia tak berlemak macam ribeye.
Harga dia sekilo hari itu RM1,600. Tapi saya dapat potongan harga 50 peratus daripada kawan baik saya.
Jadi, saya beli 4kg dalam RM4,000 lebih.
Dalam pada itu, Opai meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan ke atasnya dan keluarga.
Sumber: TikTok @OpaiAlpiaw