![[VIDEO] Opai Tak Tinggal Solat, Netizen Sifatkan Fatin Afeefa Beruntung – ‘Dia Jaga Tiang Agama, Memang Jodoh Yang Tepat’](https://media.ohbulan.com/2025/03/opai-6.jpg)

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aliff Awang meraih perhatian netizen apabila dilihat menunaikan kewajipan sebagai umat Islam walaupun sibuk bekerja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Suka Makan Duduk Bersila Atas Lantai – ‘Walaupun Saya Kaya, Inilah Cara Seorang Hamba’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Malu Dengan Kerjaya ‘Trader’, Opai Mula Bisnes Tanpa Ilmu – ‘Momen Pergi Haji Mengubah Hidup Saya’
Solat tangga kejayaan
@aliff_awangSolat adalah kejayaan. Tanda kita berjaya bukan pada berapa juta kita buat. Tapi tanda kita berjaya adalah bila kita tinggalkan perkara dunia, hanya semata mata kerana Allah SWT dan bersujud padaNYA? original sound – Opai Alpiaw
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau lebih mesra disapa Opai dilihat menyediakan ruang solat untuk dirinya dan petugas-petugas lain menunaikan solat fardhu secara berjemaah.
Tambah suami kepada aktres Fatin Afeefa itu, orang yang berjaya adalah apabila individu itu meninggalkan duniawi untuk bersujud kepada Allah.
Solat adalah kejayaan. Tanda kita berjaya bukan pada berapa juta kita buat.
Tapi tanda kita berjaya adalah bila kita tinggalkan perkara dunia, hanya semata-mata kerana Allah dan bersujud kepada-Nya.
Untung isteri dia




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan pelantun lagu ‘Tentang Bulan’ itu beruntung kerana dikurniakan suami yang taat pada perintah Allah. Selain itu, warganet menganggap perniagaannya memiliki untung yang luar biasa kerana sifat Opai yang sentiasa mendahulukan kewajipan sebagai hamba Allah.
Sumber: TikTok @aliff_awang








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)