Pelakon dan pelawak, Enot mendedahkan dirinya dipandang serong ekoran masa lalunya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Enot Dah Lali Dengan Kecaman, Fitnah Jalin Hubungan Sejenis

Artikel Berkaitan: ‘Ini Bukan Putus Sahabat, Tapi Putus Adik- Beradik’ – Enot

Badan bertatu

@dolspodcast

Enot di pandang serong kerana bertatu, ramai tak tau kisah silam beliau. Layan Episod 101, RABU 9 MALAM di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. NAK BELAJAR BUAT SIDE INCOME ? BOLEH FOLLOW @Fokiyoks #DolsPodcast @shuibsepahtu @Fizie Roslan @Mamatsepah_Nana

♬ original sound – Dol’s Podcast – Dol’s Podcast

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah akui memiliki tatu di badannya.

Ujar Enot, dia juga seperti manusia biasa yang memiliki masa lampau yang dipenuhi dosa.

Kadang-kadang orang tak tahu, mereka akan nilai kenapa saya ada tatu.

Bagi saya, setiap manusia melalui proses kesilapan. Kita belajar daripada itu.

Masa itu saya budak belasan tahun. Masih lagi dalam fasa pemberontakan.

Sementara itu, Enot memaklumkan dirinya terlibat dalam dunia ‘pelayaran’ seawal usia 15 tahun.

Saya dah ceburi ke alam pelayaran ini daripada umur 15 tahun.

Tapi saya seimbangkan dengan pelajaran saya. Saya adalah manusia yang suka mencuba.

Saya cuba menjual, menyedut, semua saya cuba.

Masuk tingkatan 5, saya kena tangkap dengan ayah saya.

Dia polis.

Sumber: TikTok @dol’spodcast