![[VIDEO] ‘Orang Nampak Kami Macam Ayah Anak’ – Sheila Dara Tepis Dakwaan Bercinta](https://asset.ohbulan.com/2025/09/dion-sheila.jpg)
Kerap dibandingkan bersama, pelakon dari negara seberang, Indonesia iaitu Sheila Dara menepis dakwaan menjalin hubungan istimewa bersama Dion Wiyoko.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Merayu’ – Warga Indonesia Mohon Bawa Aisar Khaled Pulang Malaysia
Artikel Berkaitan: Filem ‘Sore: Istri Dari Masa Depan’ Wakili Indonesia Ke Oscar 2026
Dakwaan bercinta

Ketika ditemui OhBulan!, Sheila atau nama sebenar, Sheila Dara Aisha, 33, memaklumkan bahawa ini merupakan kali kelapan dia digandingkan bersama Dion Wiyoko.
Ujarnya lanjut, dia berpendapat penonton tidak melihat dirinya dan Dion sebagai pasangan bercinta.
Saya rasa kalau dalam kehidupan sebenar, penonton Indonesia nampak kami seperti ayah dan anak.
Sheila berkata demikian ketika ditemui pada sesi bertemu peminat pelakon filem Sore: Istri Dari Masa Depan yang berlangsung di Kenangan Coffee, TRX, pada Selasa.
Tambah Dion, dia akui kerap bersama Sheila walau di luar waktu bekerja.
Bagaimanapun, segelintir penonton melihat karakter yang dimainkan sehinga terbawa-bawa ke kehidupan sebenar.
Kami sering digandingkan dan dalam kehidupan sebenar pun kami kerap bersama.
Disebabkan itu, orang awam menilai begitu.
Dan dah terbiasa berlakon bersama, penonton melihat kami berdasarkan karakter yang dibawa dalam projek yang dijayakan.
Mereka tidak melihat secara sebenar (kehidupan sebenar).
Filem ini mengisahkan Jonathan (Dion Wiyoko) yang hidupnya berubah apabila muncul Sore (Sheila Dara Aisha), wanita asing yang mengaku isterinya dari masa depan. Setiap usaha Sore membantu Jonathan mencetuskan time loop yang membuatnya mati dan terpaksa mengulangi kejadian sama berulang kali.
Filem lakonan Dion Wiyoko dan Sheila Dara Aisha arahan serta tulisan Yandy Laurens, terbitan Cerita Films, bakal menemui penonton di Malaysia bermula 25 September 2025.
Sejak ditayangkan pada 10 Julai lalu, filem ini sudah meraih kutipan box office lebih USD9 juta di Indonesia dan kini berada di tangga keenam filem tempatan terlaris 2025.
Menariknya, ia juga dipilih sebagai wakil rasmi Indonesia ke Oscars 2026 bagi kategori Best International Feature Film.






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

