berita

[VIDEO] Padah Kacau Teman Wanita Orang, Sampai Bertumbuk!

January 7th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di salah sebuah pusat hiburan di Johor Bahru. Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas salah seorang daripada teman wanita pengunjung kelab malam itu diganggu.

Punca ganggu teman wanita


Berdasarkan video yang dikongsikan di Facebook, berlakunya salah faham antara tiga orang lelaki di pusat hiburan di Taman Ungku Tun Aminah sambil diperhatikan oleh para pengunjung di premis berkenaan.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, insiden cemas itu dipercayai berlaku apabila ada pengunjung di premis tersebut bertindak mengambil kesempatan terhadap seorang wanita.

Punca pergaduhan dipercayai berlaku apabila salah seorang daripada teman wanita pengunjung kelab malam itu diganggu.

Suspek telah ditahan

Berikutan daripada insiden itu, Kosmo Online melaporkan kesemua suspek telah ditahan oleh pihak polis dan usaha mengesan suspek lain yang terlibat masih diteruskan. Difahamkan, siasatan lanjut masih dijalankan bagi memastikan sama ada insiden berkenaan mempunyai kaitan dengan kongsi gelap atau pun tidak.

Sementara itu, siasatan turut mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen hiburan dan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP). Kes pergaduhan ini disiasat mengikut Seksyen 148 dan 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Facebook, Kosmo Online

SKIP THIS AD ×