Seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan kritikal apabila dia dipercayai melanggar lampu isyarat di persimpangan jalan di Kiasatina Cafe Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan. Penunggang motosikal terbabit telah dirempuh sebuah kenderaan jenis Myvi berwarna putih sehingga dirinya melambung tinggi.
Langgar lampu merah
Melihat kepada sebuah video yang dikongsikan Info Roadblock JPJ/POLIS ini, kelihatan beberapa penunggang motosikal telah melanggar lampu isyarat merah di persimpangan empat itu. Namun, mangsa kurang bernasib baik apabila sebuah kereta melulu dengan kelajuan sebelum melanggar mangsa.
Menurut laporan, keadaan motosikal tersebut hancur berkecai manakala bumper kenderaan Myvi tersebut kelihatan mengalami kerosakan. Mangsa penunggang motosikal tersebut turut mengalami kecederaan sehingga bahagian paha dan kakinya patah.
Video kemalangan
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1829662117211490/124869626219686
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS