berita

[VIDEO] Padah Lupa Tutup Pagar, Wanita Cedera Parah Digigit Anjing!

July 28th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Viral di media sosial satu rakaman video yang memaparkan kejadian seorang wanita digigit seekor anjing liar di satu kawasan rumah. Menurut pengguna Twitter Ted, menyatakan bahawa kejadian berlaku di Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka. Wanita berkenaan didapati cedera selepas terpaksa bergelut dengan anjing itu selama beberapa minit sebelum diselamatkan seorang jiran di kawasan tersebut.

Tiba-tiba anjing liar kejar

Menerusi rakaman video tersebut, wanita berkenaan dilihat sedang berjalan kaki di satu kawasan perumahan sebelum anjing dari salah sebuah rumah secara tiba-tiba mengejarnya dan menggigit dirinya. Wanita tersebut dilihat berusaha melepaskan diri dari pergelutan bersama anjing itu. Dia bernasib baik kerana salah seorang jiran di kawasan perumahan itu menyedari kejadian yang berlaku. Jiran berkenaan terus membantu wanita itu dengan mengundurkan kenderaan miliknya untuk melanggar anjing itu.

Cedera parah di tangan

Wanita tersebut telah dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Dia didapati cedera parah di tangan dan kaki akibat insiden berkenaan.

Pemilik ada 4 ekor anjing

Tambahnya lagi, beberapa aduan turut dikatakan berpunca daripada sikap tidak bertanggung jawab pemilik anjing berkenaan. Sebelum ini, beberapa penghantar barang turut dikejar anjing berkenaan selepas pemiliknya selalu tidak menutup pagar rumahnya. Selain itu, pemilik anjing tersebut mempunyai 4 ekor anjing liar termasuk yang mengejar wanita itu dan sikap pemiliknya yang lepas tangan telah hampir meragut nyawa seorang wanita.

Sumber: Ted

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×