berita

[VIDEO] Padah Tendang & Baling Kerusi Bilik Darjah, 4 Pelajar Dipanggil Polis

November 23rd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seperti yang kita sedia maklum, harta benda sekolah merupakan milik awam yang disediakan untuk kegunaan ramai pihak terutamanya para pelajar. Oleh itu, menjaga harta benda awam ini merupakan tanggungjawab setiap individu. Walaupun begitu, ada segelintir individu yang kurang bermoral dengan merosakkan kemudahan yang disediakan ini sesuka hati mereka.

Terbaru, viral satu video di Facebook mengenai beberapa orang pelajar sekolah menengah yang ‘berkopiah’ merosakkan harta benda sekolah dengan membaling kerusi di dalam sebuah bilik yang seakan bilik darjah.

Seperti dialek Pantai Timur

https://www.facebook.com/rayyan.rizqi.948/videos/178397776639977/

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan pelajar-pelajar tersebut sedang membaling serta menendang kerusi yang berada di dalam kelas tersebut dimana keadaan persekitaran di dalam bilik itu agak berselerak dan bersepah akibat tindakan tidak bermoral tersebut. Dalam pada itu juga, video tersebut dikatakan dirakam oleh pelajar lain.

Berdasarkan video tersebut, para pelajar yang sedang bertindak memusnahkan kerusi dan meja disitu kedengaran seperti sedang berbual dengan menggunakan dialek Pantai Timur. Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro, pihak polis sudah berjaya mengenalpasti keempat-empat orang pelajar yang melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut di salah sebuah sekolah agama di Kota Bharu, Kelantan.

Tiada kecederaan dilaporkan

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, polis telah menerima laporan itu daripada pihak pentadbiran sekolah agama berkenaan. Sementara itu, empat remaja tersebut seterusnya dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk siastan lanjut.

Empat pelajar berusia 14 tahun terbabit sudah dikenal pasti melakukan perbuatan khianat itu.

Mereka akan dipanggil untuk merakam percakapan untuk siasatan lanjut. Setakat ini, kita sudah mengambil keterangan daripada pihak pentadbiran sekolah.

Hasil daripada siasatan mendapati, keseluruhan kerugian adalah dianggarkan berjumlah RM 70 dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berhubung dengan kejadian tersebut. Kes ini walau bagaimanapun akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap harta awam.

Sumber: Harian Metro, Bernama, Facebook

SKIP THIS AD ×