berita

[VIDEO] Padang Pasir Yang Panas Di Arab Saudi Kini Dilitupi Salji

January 17th, 2020 | by Shira
Kini Trending

Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial mengenai beberapa foto dan video yang menunjukkan kawasan padang pasir yang panas di Arab Saudi kini sudah bertukar menjadi satu kawasan sejuk dan telah diliputi dengan salji. Namun begitu, pertukaran cuaca di Arab Saudi ini bukan lah satu perkara yang baru kerana keadaan seperti ini pernah dilaporkan berlaku pada tahun lepas, 2019.

Salji di Arab Saudi

Menerusi laporan ABC News, kejadian ribut dahsyat yang berlaku kira-kira 193 kilometer dari Laut Merah yang menyebabkan terjadinya perubahan cuaca ini di beberapa kawasan di gurun Arab Saudi berhampiran Tabuk. Sementara Tabuk dan Al Qasim mencatatkan suhu di bawah paras beku.

Menurut Ahli Meteorologi Kanan Accu Weather, Eric Leister berkata ribut yang berlaku di selatan Eropah dan Mediterranean serta menuju ke Timur Tengah minggu lalu telah menolak udara sejuk ke benua berkenaan yang menghasilkan salji.

Penduduk berkhemah

Kejadian ini telah mendapat perhatian daripada penduduk setempat yang rata-ratanya menggunakan peluang ini untuk berkhemah dan mengambil gambar kreatif bersama salji. Tidak cukup dengan itu, ada di antara mereka turut berkongsi beberapa video di media sosial mengenai keadaan semasa di Arab Saudi.

Tarian ‘Dha’

Sementara itu, ada juga dalam kalangan penduduk setempat yang menyambut ‘kedatangan’ salji dengan mempersembahkan tarian ‘Dha’. Menerusi video juga terpapar kegembiraan pada wajah mereka.

Pemandangan musim salji

Cantiknya

Sumber: ABC News, Saudi Arabia, Abdul Aziz, Almarri, Al-Amoom, Katab Tabuk, Saudi Embassy

SKIP THIS AD ×